selamat datang

SELAMAT DATANG KE BLOG WWW.PUTRINURULRAIHANA.BLOGSPOT.COM, KEDATANGAN ANDA DISINI, AMATLAH DIALU-ALUKAN.

Thursday, March 10, 2011

Kehidupan Sebenar Seorang Pembuat Roti

          Disebuah kampung terpencil, kelihatan seperti seorang budak sedang menguli tepung dengan tangannya. Sambil dia menguli tepung, dia teringatkan kisah silamnya sebelum menjadi seorang pembuat roti. Dia juga teringat kata-kata ayahnya, "dik, dulu kita bukan orang senang, kita orang susah dik."

          Dia tersenyum sendiri. Dia juga teringat kisah silamnya, sebelum dia menjadi seorang pembuat roti. "Roti canai! Roti canai! Roti canai!" Jerit seorng budak yang dikenali sebagai Jasli. Disebelah Jasli, encik Murad, ayahnya tersenyum melihat kepintaran anaknya.

          Setelah malam mereka pulang ke rumah, dengan membawa hasil yang menguntungkan. Dan dengan hasil yang mereka dapat, dapat menampung keperluan mereka sehari-harian. Duit perbelanjaan Jasli sahaja yang tidak mencukupi untuk perbelanjaan sekolahnya.


          Oleh itu, Jasli terpaksa membuat rotinya sendiri, kerana dia tak mahu menyusahkan ayahnya. Tetapi Jasli sikit pun tak merungut, kerana dia tahu, kehidupan keluarganya, bukannya sama dengan kehidupan kawan-kawannya.

           Dan setelah dua bulan, segala-galanya berubah, apabila ayah dia dapat kerja menjadi pembuat roti. Dan Jasli menjadi pembantu ayahnya dengan secra rasmi. Dan selepas tu, kehidupan keluarganya pun berubah.

No comments:

Post a Comment