selamat datang

SELAMAT DATANG KE BLOG WWW.PUTRINURULRAIHANA.BLOGSPOT.COM, KEDATANGAN ANDA DISINI, AMATLAH DIALU-ALUKAN.

Wednesday, May 11, 2011

tanda-tanda penyakit barah otak

Rasa nak hantuk kepala! (News)

Monday, February 28th, 2011
93073638 Rasa nak hantuk kepala! (News)
TAHAN SAKIT…masalah migrain berkaitan neurologi yang biasa menyerang wanita berbanding lelaki.
47508950 Rasa nak hantuk kepala! (News)
SAYA pernah melihat seorang wanita yang menderita migrain yang teruk sehingga dia menekan dan memukul kepalanya berulang kali.
Malah pada satu keadaan, si pesakit mengatakan terasa ingin menghantuk kepala ke dinding hanya kerana tidak dapat menahan sakit.
Kejadian itu berulang-ulang dan lebih kerap berlaku apabila dia datang haid.
Apabila dia mengambil ubat penahan sakit, kelegaan jelas kelihatan pada wajahnya apabila sakit akibat migrain itu berkurang dan dia dapat tidur dengan lena.Bagi pesakit migrain sakit kepala yang mereka alami ini diibaratkan sebagai ujian Allah yang ada kalanya amat mengecewakan.
Ini kerana pesakit terpaksa bergantung kepada ubat penahan sakit untuk meredakan kesakitan, malangnya ada sesetengah keadaan ubat penahan sakit juga sudah ‘lali’ atau sebati dalam diri mereka sehinggakan kesakitan tidak dapat dikurangkan.
Menurut Pegawai Perubatan Kanan, Hospital Pusrawi Kuala Lumpur, Dr Zainordin Md Noor, migrain adalah masalah berkaitan neurologi yang biasa menyerang wanita berbanding lelaki.
Ini disebabkan perubahan hormon yang berlaku kepada wanita misalnya, sebelum dan selepas datang haid biasanya wanita mengalami migrain yang teruk dan akan hilang selepas haid.
Ada pula wanita yang mempunyai migrain, tidak mengalaminya ketika mereka mengandung sembilan bulan dan kesakitan datang semula selepas mereka datang haid.
Selain itu tekanan di tempat kerja, bunyi bising atau lampu yang silau juga boleh menyebabkan migrain.
“Ini kerana keadaan ini akan memberi tekanan kepada otak dan menyebabkan urat saraf tegang seterusnya menyebabkan migrain atau menambahkan kuatnya migrain,” jelasnya.
Selain itu, kurang tidur atau faktor pemakanan seperti seperti makan makanan tersimpan lama, makanan ditapai atau minuman mengandungi kafein yang tinggi seperti kopi, coklat dan keju turut menjadi penyebab kepada migrain.
“Secara umumnya migrain juga adalah penyakit keturunan kerana berkait rapat dengan sistem saraf.
“Justeru sekiranya ada ahli keluarga anda menghidap migrain anda juga berkemungkinan turut mengalaminya,” jelasnya.
Menurut Dr Zainordin, migrain berbeza dengan sakit kepala.
Serangan sakit kepala yang berlaku setiap hari adalah sakit kepala biasa dan bukannya migrain.
“Migrain sebaliknya membabitkan serangan seminggu sekali atau sebulan sekali dan biasanya kesakitan seperti dicucuk-cucuk ini berlaku pada sebelah bahagian kepala saja.
“Ini diikuti rasa loya, muntah dan sensitif pada cahaya, bunyi, bau malah pergerakan seperti gegaran yang kuat,” katanya.
Bagi sesetengah individu, rasa sakit yang menyerang itu boleh hilang dalam tempoh tiga jam tetapi ada yang perlu menanggung kesakitan sehingga tiga hari lamanya.
Daripada segi perubatan, migrain terjadi apabila kombinasi saluran darah yang mengembang dan membebaskan bahan kimia daripada saraf gentian yang melingkari sekitar saluran darah itu.
Pembebasan bahan kimia itu menyebabkan radang, rasa sakit dan seterusnya arteri menjadi bengkak.
Migrain biasanya menyerang mereka yang berumur 30 tahun ke bawah terutama pada usia 16 tahun ke atas namun ada kanak-kanak pada awal usia 10 tahun boleh diserang migrain namun ia sedikit berbeza.
“Migrain kanak-kanak biasanya mempunyai simptom seperti muntah atau loya.
“Ia bagaimanapun tidak membabitkan sakit kepala yang teruk seperti mana orang dewasa,” jelasnya.
Dr Zainordin menjelaskan, migrain terbahagi kepada dua iaitu migrain biasa tanpa aura iaitu rasa sakit yang mencengkam dan selalunya pada sebelah kepala saja.
Biasanya, ia diikuti dengan rasa sakit perut, hilang selera makan, loya, muntah, sembelit dan cirit birit.
Pesakit juga akan sensitif pada bau, cahaya dan kebisingan.
Berbeza dengan migrain klasik (dengan aura) sebelum menyerang pesakit biasanya pandangan pesakit terganggu dengan gambaran bintang-bintang, cahaya atau garisan bengkang bengkok.
Secara puratanya, serangan migrain jenis ini berlaku dalam tempoh 22 jam.
Tambahnya, sakit kepala atau migrain bukanlah tanda awal bagi sebarang ketumbuhan otak.
Ia biasanya muncul dengan tanda lain atau sakit kepala datang apabila tanda lain sudah ada.
Mungkin pesakit akan mendapat sawan atau masalah pada pendengaran dan penglihatan.
Pesakit juga biasanya akan mendapati tangan atau kakinya lemah seperti mendapat penyakit strok.
“Hanya satu peratus saja migrain mempunyai kaitan dengan tumor atau kanser otak dan selebihnya hanya disebabkan migrain.
“Biasanya pesakit kanser otak akan menunjukkan gejala yang teruk seperti kesakitan yang amat sangat pada kepala diikuti muntah, loya, hilang selera makan, kurang penglihatan dan pendengaran, seterusnya lemah tangan dan kaki,” jelasnya.
Menurut Dr Zainordin, tidak seperti penyakit lain, migrain ini tidak dapat disembuhkan tetapi boleh dielak atau dikurangkan dengan cara berjumpa doktor dan mengambil ubat-ubatan bersesuaian.
“Biasanya ubat penahan sakit seperti panadol, aspirin, ponstan dan synflex boleh dibeli di farmasi namun ubat ini lama-kelamaan tidak dapat mengurangkannya malah boleh menyebabkan penyakit lain misalnya kerosakan buah pinggang atau hati apabila diambil berlebihan.
“Biasanya ubat ini juga tidak lagi berkesan apabila diamalkan terlalu kerap walaupun dimakan melebihi hadnya,” katanya.
Justeru, pesakit digalakkan berjumpa doktor kerana doktor akan memberi ubat migrain sepatutnya seperti cafergot, ubat tahan muntah maxolon dan valium, sejenis ubat tidur yang diambil secara serentak dan secara berkala untuk mengurangkannya.
Selain itu, pesakit juga akan diberikan diari migrain dan meminta pesakit mencatat tarikh, masa, makanan diambil, jenis ubat serta keterukan migrain yang dialami mereka.
“Dengan adanya diari ini, doktor akan dapat memantau tahap kesakitan yang dialami pesakit serta dos ubat yang dapat diberikan,” katanya.
Selain ubat-ubatan, pesakit juga perlu mengurangkan tekanan dengan banyak berehat, mengelak makanan yang boleh menjadi mencetus serangan migrain seperti minuman berkafein, coklat serta keju dan mengamalkan gaya hidup sihat.
“Apa yang penting, pesakit migrain tidak boleh murung kerana ini akan menyebabkan kesakitan mereka berulang.
“Berjumpa doktor untuk mendapatkan nasihat serta ubat-ubatan sesuai,” katanya.

Sunday, May 1, 2011

Denda lagi.


          Setelah agak lama Aidil memandu kereta, akhirnya dia memberhentikan keretanya di Jambatan Teluk Intan. Dan kemudian dia menuju ke bonet kereta milik Kumin, untuk mencari sesuatu. Kumin dan Amran yang kebetulan lalu dijambatan tersebut, memberhentikan langkah mereka.
          “Eh! Kumin! Tu macam kereta ko je. Dan tu Nampak macam Aidil je. Apa yang dia cari kat bonet keta ko? Nak tegur dia tak?” Tanya Amran sambil memandang muka Kumin.
          “Tegurlah dia, manalah tau nanti, marah dia dah baik, dia dah lupa pasal kek, dia bagi kita tumpang balik naik keta ngan dia.” Kata Kumin sambil memandang muka Azman. “Ooo… Kalau dia kasilah, kalau dia tak kasi, camner?” Tanya Amran lagi.
          “Kalau dia tak kasi, nasiblah.” Kata Kumin, sambil memandang gelagat Aidil yang tengah mencari sesuatu lagi. “Ooo… A… Kalau gitu, kolah pegi tegur dia.” Arah Amran sambil menolak badan Kumin.
          “Eh, asal lak aku kena pegi?” Tanya Kumin pada Azman. “ Pasal kalau ko pegi, dia takkan campak ko dalam sungai, pasal ko gemuk gedempol cam gajah.” Jelas Azman.
         Kumin yang berjalan didepan, terus menggaru-ngarukan kepalanya. Belum sampai didepan Aidil, dia pun berpatah balik belakang. “ Kalau gitu, kolah yang pegi.” Arah Kumin, pada Azman, sambil menolak badan Azman yang hampir terjatuh, tersembam muka dimuka bumi.
           “Woi! Asal lak aku yang kena pegi?” Jerit amran. Dan jeritannya hanya didengar oleh Kumin. “Sebab kalau ko pegi, dia akan campak ko. Bila dia campak ko, aku boleh sambut ko.
          Pasal kokan kurus, akukan gemuk. Jadi bila ko kurus, senanglah aku angkat ko. Nak dukung ko pun boleh.”
          Kata Kumin, sambil tersenyum.Azman pun meneruskan langkahnya ke depan. “Man, ko tak kisah ke kena campak ngan Aidil yang kurus cengkih, tapi gangster camtu?” Tanya Kumin pada Azman.
          “Aku kisah, tapi sebab ko yang paksa aku, aku merelakan aku kene campak. Jelas Azman, sambil memandang tepat ke arah Kumin. “Hei! Wassup bro.
          So… Apa citer?” Tegur seorang pemuda, berspek hitam, berjaket hitam, berseluar biru yang baru sahaja keluar dari kereta berwarna merah, terus menyambut tangan Aidil. “Aku biasalah bro, masih study di UKM KL. Sambil tu aku keje diSyarikat Muzik bapak aku. Eh ery, ko tolong perhatikan diorang, aku nak cari tali rafia.
           Aku ingat… Aku nak ikat dioranglah. Yang kurus tu, aku nak ikat dia kat atas jambatan. Yang gemuk plak, aku nak ikat kat pokok.”
          Terang Aidil, dengan panjang lebarnya. Sambil itu, dia meletakkan spek hitamnya didalam kocek bajunya. Dan sambil itulah dia menghadiahkan senyuman maut pada Kumin dan Amran.
          “Apa salah diorang bro? sampai ko nak ikat diorang.” Tanya Ery, sambil anak matanya memandang diorang, dan tangannya berpeluk tubuh. Dia tahu, Aidil takkan berbuat demikian, tanpa sebab yang membolehkannya jadi marah.
          Aidil membisikkan sesuatu pada Ery. Ery mengerutkan dahinya dan berkata “Kek? Pasal kek ko nak hukum diorang? Biar betul bro, agak-agaklah kalau nak hokum diorang. Janganlah bagi alasan tu bro, bagilah alasan lain.
          Aku ingatkan sebab apalah ko marah sampai nak hukum diorang, rupanya pasal sepotong kek. Ko nie, bukan saje samseng, gangster je, tapi ko nie gak pak lawaklah. Aku rasa lawak ko nie, memang patut masuk dalam citer raja lawaklah.
          Bukan lawak ko je yang masuk dalam raja lawak, ko pun kene masuk dalam raja lawak. Lawak ko nie, sesuai masuk dalam majalah ujang dan majalah Apo.” Kata Ery, sambil ketawa.
          Aidil yang benggang, terus luku Ery. “ Dah habis membebel?” Tanya Aidil, sambil bercekak pinggang. Ery menggangukkan kepalanya.
          “Siapa bagi idea kat ko untuk buat lawak bodoh camnie?” Tanya Aidil lagi, sambil tangannya masih bercekak pinggang lagi. “Penulislah.” Jawab Ery, dengan ringkasnya.
          “Saper?” Tanya Aidil lagi. “Penulis yang tak berape popular, Nana.” Jawab Ery dengan jujurnya. “Wei penulis yang tak popular, Nana, dan tulis blog ntah hape-hape, lain kali kalau nak wat lawak, jangan wat lawak camnie tau? Bengang tol aku ngan lawak bodoh camnie.
          Nanti aku ikat ko kat pokok, cam nasib diorang yang bakal kene ikat, baru ko tau!” Marah Aidil, pada penulis (aku lak yang kene marah. Tapi aku tak kisah kalau kene ikat ngan si Aidil, pasal dekat sangat ngan kampong. Tapi kalau family aku Tanya, ko pepandai jawab ye dil. HuhuJ).
          “Nie, lawak ke, tak  lawak ke, aku tetap gak nak ikat diorang. Ko tau tak? Pasal kek sepotong tulah aku tak sempat nak rasa. Semua nie monyet punya pasallah.
          Tapi aku tak salahkan monyet, aku salahkan diorang. Sebab apa? Sebab kek tinggal sepotong, aku tak sempat rasa tau tak? Ha jumpa pun. Ery, ko tolong panggil diorang.” Kata Aidil, sambil memegang tali rafia berwarna pink.
          Ery bergerak menuju ke arah kumin dan Azman yang sedang menyorok antara satu sama lain. (Ha… diorang berdua niekan, sebijik cam Saiful Apek dan Kumanlah.)
          Apabila Ery sampai dihadapan diorang, Ery terus menarik baju Azman. “Wei korang, Aidil panggil.” Kata Ery sambil menunjukkan ke arah Aidil panggil.” Kata Ery sambil menunjukkan ke arah Aidil dengan ibu jarinya.
          Dan Kumin dan Azman pun menuju ke arah Aidil. Aidil memandang diorang dengan tersengih-sengih. Ery lak menuju ke arah Kumin dan Azman, lantas menolak mereka dengan kuat.
          Dan selepas tu, Aidil mengarahkan Ery memegang kedua-dua belah tangan Azman. Dan Aidil mengikat badan Azman. Kemudian Aidil mengikat badan Kumin.
          Sedang Aidil mengikat Kumin, tiba-tiba mereka terdengar bunyi jatuh. Mereka segera melihat. Dan Aidil menjerit, “Kumiiin…” Jerit Aidil ngan sekuat hatinya.
          “Ha… Wei, ko silaplah wei, Kumin tu nama aku, nama dia Azman” Tegur Kumin. “Yeke? Ah tak kisahlah, Ery ko bawak Azman gi hospital.
          Dan aku, akan lepaskan Kumin. Pastu kita gi hospital.” Arah Aidil, ngan kelam-kabutnya.
          Sampai sahaja dihospital, Azman segera dibawa ke wad kecemasan. Sejam kemudian, Doktor Nakakulan pun keluar. “Encik, encik tak perlu bimbang, dia Cuma cedera parah dikepalanya, dan kami dah jahit kepalanya.
          Dan akibat tercedera, dan terhantuk yang kuat, dia mungkin mengalami gegaran ototnya, dan akhirnya dia pengsan. Mungkin untuk seminggu.” Terang Doktor Nakakulan dengan panjang lebarnya.
          Mereka semua pun terduduk. Selepas seminggu, Azman pun sedarkan dirinya, dan dia dibenarkan berehat dirumah. Dirumah, dia dilayan bagaikan anak raja. Ery dan Aidil pun meminta maaf pada Azman dan Kumin.
          Azman dan Kumin sudi memaafkan mereka, dengan syaray mereka tidak mengulangi perbuatan denda diorang lagi. Sekiranya mereka masih mengulangi perbuatan denda diorang, mereka akan disimbah air sejuk. Pada keesokkan harinya, Kumin tidak sengaja terpijak kaki Aidil dan Ery.
          “Aku akan denda ko.” Kata Aidil dan Ery dengan serentak. “ Ooo.. denda, korang tak takut ke kalau korang kenekan denda pada kami? Tanya Kumin dengan selambanya. “Eh apa yang kitorang nak takutsangat? Kalau kitorang kenekan denda pada korang, takkan terjadi papelah.
          Lagipun dulu masa aku denda korang jalan kaki, takde pape yang berlaku kat aku pun elok je.” Kata Aidil, yang cuba mempertahankan dirinya. “Aku ingat, tapi korang jangan lupa, masa korang denda ikat aku kat pokok, dan ikat Amran kat jambatan.
          Ape jadik? Koma, lukakan? Tapi korang jangan lupa akibat akan datang kalau korang denda kami.” Terang Kumin. “Akibat? Akibat ape yang akan datang?” Tanya Ery seperti terlupa sesuatu.
          “Air sejuk.” Dan serta-merta air sejuk datang. Dan singgah dikepala mereka.
         Mereka berempat pun ketawa. Semenjak hari tu, mereka berempat pun berbaik. Dan jadi kawan yang paling baik.
          Semenjak hari tu, mereka pun Berjaya dalam kehidupan mereka. Amran Berjaya menjadi penjual ais batu terkenal. Kumin Berjaya menjadi seorang pelakon.
          Ery Berjaya jadi penyanyi, dan Aidil, Berjaya menjadi penulis lirik. Dan selepas tu, barulah Amran dan Kumin sedar, yang perkataan denda Ery dan Aidil sekarang hanyalah gurauan. Dan Aidil dan Ery menggangap, denda mereka hanyalah untuk menghiburkan hati, dan permainan mereka, dikala mereka marah.

Friday, March 11, 2011

Dapat Gak Akhirnya!

          Disebuah kampung, ada seorang remaja. Remaja tersebut kelihatan sedang berkemas-kemas beg untuk bercuti. Dan diikuti oleh kawannya, Kumin.

           "Wei, baju mandi ko dah siap ke? Jangan sampai tertinggal plak." Perli kawannya. Remaja tersebut, Amran tersebut.

          Kumin tersengih mendengar kata-kata kawannya. Tiba-tiba Amran teringat sesuatu, lantas dia berkata pada Kumin. " Wei Kumin, ko dah beli kek ke? Nanti mengamuk pulak si Adlin tu."

          Kumin memandang Amran dengan pandangan yang tajam. Sehingga Amran sendiri tak mampu nak pandang anak mata Kumin yang cukup tajam tu. "Rileks la wei, semuanye dah settle dah.

          Tinggal nak amik je. Nanti kita singgah kat kedai kek, aku ingat nak amik kek." Pesan Kumin, sambil menzipkan begnya.

          Sejam kemudian, mereka pun keluar rumah, dari rumah mereka membelok ke kiri. Dan akhirnya sapai ke kedai kek yang mereka nak tuju.

          Dan setlah itu, mereka pun berangkat ke sebuah hutan. Dan akhirnya sampai ke tempat yang mereka tuju. "Hati-hati wei, jangan sampai kek dan barang-barang kita diambil oleh monyet, dahlah.

          Kumin, ko pasang khemah, dan Adlin, ko cari kayu api. Dan aku lak, nak gi mandi." Arah Amran, yang cuba nak mengelakkan dirinya daripada tugas yang perlu dilakukannya. Adlin yang terlalu geram dengan Amran, lantas membaling batu ke arah Amran, tapi terkena seekor monyet yang tengah tidur.

          Monyet tersebut bangun, dan mengamuk. Mereka pun memulakan langkah mereka untuk menyelamatkan diri masing-masing. Barang-barang mereka pun tak sempat diambil, apatah lagi makanan.

          Mereka berlari masuk kereta, dan mula meninggalkan hutan, yang tinggal cuma pakaian dan makanan. Tiba-tiba Adlin teringat sesuatu. "Kek aku mana?"! Jerit Adlin, pada rakan-rakannya.

          "Kek ko? Eh yelah, kek ko tertinggal kat dalam hutan, barang-barang kita pun sama gak. Camner nie? Nak patah balik jauh, Kita belilah yang baru." Cadang Amran, Tetapi cadangan mereka ditolak mentah-mentah.

          Dan mereka pun terpaksa berpatah balik, untuk mengambil kek, makanan, dan pakaian-pakaian mereka. Tetapi yang tinggal cuma kek sahaja. Adlin melonjak kegembiraan, kerana keknya berjaya diselamatkan.

           Tetapi Amran dan Kumin sahaja yang tidak gembira, tetapi mereka muram. Mereka bermuram, kerana kek Adlin cuma tinggal satu, yang lain habis dimakan oleh monyet. Dan selepas tu, Adlin bakal menghukum mereka dengan cara yang berat.

          4 minit selepas tu, Adlin membuka keknya, dan terdengar jeritan Adlin. Dan Adlin menghukum mereka. Setelah sejam mereka berjalan, Kumin merungut.

          " Dahlah merungut, dia hukum kita balik jalan kaki pun, dah kira ok. " Kata Amran. Walaupun mereka penat berjalan, tetapi mereka tetap berjalan tanpa berhenti.

Thursday, March 10, 2011

Kehidupan Sebenar Seorang Pembuat Roti

          Disebuah kampung terpencil, kelihatan seperti seorang budak sedang menguli tepung dengan tangannya. Sambil dia menguli tepung, dia teringatkan kisah silamnya sebelum menjadi seorang pembuat roti. Dia juga teringat kata-kata ayahnya, "dik, dulu kita bukan orang senang, kita orang susah dik."

          Dia tersenyum sendiri. Dia juga teringat kisah silamnya, sebelum dia menjadi seorang pembuat roti. "Roti canai! Roti canai! Roti canai!" Jerit seorng budak yang dikenali sebagai Jasli. Disebelah Jasli, encik Murad, ayahnya tersenyum melihat kepintaran anaknya.

          Setelah malam mereka pulang ke rumah, dengan membawa hasil yang menguntungkan. Dan dengan hasil yang mereka dapat, dapat menampung keperluan mereka sehari-harian. Duit perbelanjaan Jasli sahaja yang tidak mencukupi untuk perbelanjaan sekolahnya.


          Oleh itu, Jasli terpaksa membuat rotinya sendiri, kerana dia tak mahu menyusahkan ayahnya. Tetapi Jasli sikit pun tak merungut, kerana dia tahu, kehidupan keluarganya, bukannya sama dengan kehidupan kawan-kawannya.

           Dan setelah dua bulan, segala-galanya berubah, apabila ayah dia dapat kerja menjadi pembuat roti. Dan Jasli menjadi pembantu ayahnya dengan secra rasmi. Dan selepas tu, kehidupan keluarganya pun berubah.

Sunday, January 23, 2011

Aku sebatang pensil

          Aku sebatang pensil, nama aku Stabillo. Aku diperbuat diKilang Shah Alam, bahan-bahan yang digunakan ialah pokok. Setelah aku siap dan dikotakkan, aku dihantar ke Kedai Alatan Tulis di Pahang.

          Aku dan saudara-saudara aku dijual didalam sebuah kotak. Apabila sampai sahaja di Kedai Alatan Tulis, aku dan saudara-saudaraku dikeluarkan daripada kotak dengan satu-persatu. Aku diletakkan pada bahagian yang paling hadapan didalam kotak yang telah dipotong bersama dengan kawan-kawan yang lain.

          Kami dijualkan dengan harga RM1.00 setiap sebatang. Selang 2 hari aku berada didalam kedai tersebut, aku dibeli oleh seorang wanita melayu. Ditanda namanya ada tertulis nama Suraya. Wanita tersebut membelek aku dengan penuh minat.

          Sudah beberapa jam dia membelek aku, dia pun mengambil aku dan membayar aku dikaunter. Aku dibeli dengan harga RM1.00. Aku dibungkus dengan satu bungkusan.

          Aku dihadiahkan oleh anak lelakinya, Amir sebagai hadiah harijadinya yang ke 15. Sepanjang Amir jadi tuan aku, aku dilayannya dengan baik.

          Aku juga dijaga dengan baik. Amir juga kerap kali menggunakan aku. Amir seorang yang baik, dia juga kadang-kadang seorang yang cuai.

          Oleh kerana kecuaiannya, badan aku selalu sahaja sakit-sakit. Dakwat yang didalam aku juga patah. Dan mata aku juga selalu patah setiap kali digunakan.

          Oleh kerana mata aku selalu patah, Amir jadi bosan dengan aku. Lalu dia membuang aku didalam tong sampah. Kini kehidupan sehari-harian aku hanya ditemani dengan barang-barang buangan, semut, lalat dan unggas.

          Aku juga menghabiskan sisa-sisa seharian aku didalam tong sampah. Kini aku hanya tunggu untuk dimakan oleh lalat dan unggas.

Monday, January 3, 2011

cerita panjang doraemon






Cerita panjang Doraemon
Dari Wikipedia Bahasa Melayu, ensiklopedia bebas.
Lompat ke: pandu arah, gelintar
Cerita Panjang Doraemon adalah manga Jepun popular yang dikarang oleh Fujiko F. Fujio tentang Doraemon, Nobita dan kawan-kawannya. Berbeza daripada cerita bersiri, cerita panjang ini mengambil masa yang lebih lama dan melibatkan cerita di luar kawasan biasa mereka kerana melibatkan dimensi, ruangan, masa dan planet yang lain. Watak baru yang khusus bagi cerita tersebut juga akan diperkenalkan bagi membimbing Nobita, Doraemon dan rakan-rakannya menjelajah dan tidak kurang juga yang merumitkan keadaan mereka.
Cerita panjang Doraemon kebanyakannya telah dijadikan filem manga dan telah dan akan diterbitkan semula serta ditayangkan di pawagam.
[sunting] Cerita panjang
.
http://upload.wikimedia.org/wikipedia/ms/thumb/b/b1/Doraemon_11.jpg/180px-Doraemon_11.jpg
http://bits.wikimedia.org/skins-1.5/common/images/magnify-clip.png
Doraemon, Nobita, Sinyu dan Giant mengembara padang pasir dalam Cerita Panjang jilid ke-11
  1. Nobita dan Dinosaur: Cerita ini mempunyai kaitan (malah mungkin sambungan) kepada salah satu cerita bersiri manga. Cerita ini mengisahkan Nobita menemui sebiji fosil telur dinosaur dan dia memulihkan dengan kain masa untuk dieram serta ditetaskan. Apabila dinosaur itu menetas, dia dinamakan "Pisuke". Walau bagaimanapun, saiznya yang semakin membesar membuatkan penduduk setempat mengesyaki akan kewujudan Dinosaur dan Doraemon memaksa Nobita meletakkan Pisuke ke zaman purba iaitu "tempat asalnya". Disebabkan Nobita telah bertaruh dengan Suneo dan Giant untuk menunjukkan fosil hidup Dinosaur, Nobita membawa Suneo, Giant, Shizuka bersama Doraemon menemui Pisuke di zaman purba. Ketika itu, penjelajahan mereka bermula apabila mereka dikejar kumpulan pemburu dinosaur yang ingin mendapatkan Pisuke.
  2. Sejarah Penerokaan Angkasa Lepas: Kisah ini pula mengisahkan Nobita terjumpa satu jalan keluar ke sebuah kenderaan milik pengguna yang berada di planet lain. Nobita dan Doraemon berkawan dengan orang di planet itu dan mendapati planet mereka aman damai. Walau bagaimanapun, planet itu diancam bahaya kerana sumber yang diburu oleh sebiiah syarikat galian dan kini, Nobita dan Doraemon perlu membantu warga planet itu untuk menyelamatkan tanah mereka dari dimusnahkan.
  3. Penjelajahan Alam Misteri : Nobita menemui sebuah negara yang tersembunyi di sebalik rimbunan hutan Afrika. Mereka membantu seekor anjing untuk memulihkan negaranya yang diperintah oleh kuku besi yang telah merampas harta daripadanya. Seperti biasa, Doraemon dengan yang lain akan menjelajah ke benua Afrika yang liar untuk tiba ke negara tersebut dan menempatkan semula pewaris takhta yang sepatutnya.
  4. Kubu Syaitan di Dasar Laut : Nobita, Doraemon, Sinyu, Giant dan Sizuka bercuti di dasar laut setelah bertengkar tentang percutian sama ada di pergunungan atau di pantai. Mereka turut teruja dengan kapal yang dipenuhi oleh emas yang ditemui secara misteri di perairan. Di dasar laut, mereka menemui misteri apabila berjumpa dengan ketamadunan bawah laut, manusia dasar laut dan kubu hantu yang terletak di Segitiga Bermuda. Terpulang kepada mereka kini untuk pulang hidup-hidup dan pada masa yang sama menyelamatkan bumi serta orang dasar laut.
  5. Penjelajahan Sarang Hantu : Nobita menggunakan 'telefon' Doraemon dan meminta dia berada di dunia sihir. Walau bagaimanapun, keadaan tidak menentu dan tidak terkawal apabila kedua-dua dunia tersebut telah bercampur aduk dan di ancam oleh hantu yang berada di 'planet' lain yang ingin mengawal bumi. Doraemon dengan Nobita perlu memasuki sarang hantu tersebut untuk membunuh ketua hantu agar dapat menyelamatkan bumi dan mengembalikan keadaan seperti sedia kala.
  6. Perang di Angkasa Lepas : Nobita telah menemui sejenis makhluk angkasa lepas yang sangat kecil dan menyelamatkannya. Mahkluk tersebut meminta bantuan Nobita dan yang lain untuk menyelamatkan planetnya daripada ancaman diktator kuku besi yang mengongkong mereka. Doraemon dan yang lain yang turut dikecilkan bersetuju untuk membantu.
  7. Nobita dan Panglima Besi : Kali ini Nobita menemui sebuah robot misteri tanpa mengetahui robot itu bakal membawa masalah. Tambahan pula, sebuah robot wanita telah muncul dan mencetuskan permasalahan yang memeningkan Nobita dan Doraemon apabila kaum robot ingin menyerang bumi dan menangkap semua manusia untuk dijadikan hamba. Seperti biasa, Nobita, Doraemon dan yang lain perlu memulihkan keadaan.
  8. Penunggang Dinosaur : Setelah memperoleh keputusan yang teruk, Nobita perlu menyembunyikan kertas ujiannya. Doraemon mencari lubang bawah tanah untuk dijadikan tempat persembunyian yang kemudiannya digunakan sebagai tempat mereka bermain. Walau bagaimanapun, Sinyu terserempak dengan benda yang tidak sepatutnya dan membawa mereka ke penjelajahan bawah tanah yang merupakan dunia kepada dinosaur dan manusia dinosaur. Tetapi, manusia dinosaur mempunyai agenda terhadap manusia di muka bumi dan terpulang kepada mereka berlima untuk meleraikan kekeliruan yang dihadapi oleh manusia dinosaur.
  9. Kelahiran Negeri Jepun : Terowong masa mengalami gangguan lalu membawa seorang budak dari zaman purba ke bilik Nobita. Maka, Doraemon dan yang lain perlu membantu untuk menghantar pulang budak tersebut (dalam pada masa yang sama pergi bercuti). Tetapi di sana, mereka sedar yang budak itu mengalami maslaah besar terhadap kaumnya dan mereka perlu membebaskan keluarga budak tersebut dari belenggu yang tidak sepatutnya berlaku.
  10. Bintang Misteri : Nobita yang mengigau telah terjumpa sebuah jalan ke planet yang didiami binatang yang mampu bercakap dan berjalan seperti manusia. Perjalanan pergi balik mereka dan persinggahan mereka di sana tidak bermasalah hinggalah jalan pintas itu hilang dan planet tersebut diserang. Mereka perlu membantu haiwan di planet itu agara keindahan planet itu tidak diceroboh dan dimusnahkan
  11. Negara Lagenda : Pengembaraan ke dalam buku amat menyeronokkan tetapi tidak jika tersangkut di dalamnya. Begitulah yang dialami mereka apabila Sizuka terkandas di dalam buku "Sindbad". Yang malang sekali, kecuaian Nobita membuatkan emaknya membakar helaian buku tersebut dan menghalang mereka menyelamatkan Sizuka secara terus. Kini mereka terpaksa menyusuri sejarah Hikayat Seribu Satu Malam untuk menjejaki Sizuka dan menyelamatkannya.
  12. Negara Awan : Angan-angan Nobita akan wujudnya negara kayangan di atas langit menjadi kenyataan apabila Doreamon membina negara di atas awan yang dibekukan. Walau bagaimanapun, mereka telah terjumpa negara awan yang bukan milik mereka dan mendapati wujudnya ketamadunan dan pemuliharaan haiwan yang telah pupus di sana. Malangnya, mereka mengancam untuk menenggelamkan bumi dengan banjir besar kerana kemusnahan teruk yang dilakukan penduduk muka bumi. Kini, mereka terpaksa menggunakan pelbagai cara untuk menghalang rancangan menenggelamkan bumi itu.
  13. Istana Emas Putih : Percutian tidak menyeronokkan jika tidak memperoleh tempat percutian yang selesa dan tidak terlalu ramai. Mereka menemui "Istana Emas Putih" yang dikendalikan oleh robot dan berada di sebuah pulau yang pelik. Walau bagaimanapun, keadaan tidak menjadi baik apabila Doraemon diculik ke planet yang diperintah robot dan Nobita serta yang lain terpaksa berkejar untuk menyelamatkan Doraemon dan manusia di planet itu agar tidak terus diperintah oleh robot.
  14. 3 Sekawan Pahlawan Pedang Impian : Impian mereka untuk menjadi pahlawan menjadi kenyataan apabila Doraemon menggunakan alatnya untuk memasukkan Nobita dan yang lain ke alam mimpi. Tetapi seperti biasa, keadaan tidak menjadi seperti yang diduga dan dengan berbekalkan pedang dan semangat bersama, mereka perlu menjelajah alam mimpi tersebut, bertentang dengan naga agar dapat mengembalikan puteri Sizuka ke istana dengan selamat dan menyelamatkan istana tersebut daripada ancaman.
  15. Kisah Penciptaan Dunia : Nobita diberikan alat oleh Doraemon untuk mempelajari bagaimana terciptanya dunia dengan model penciptaan dunia. Kini, Nobita perlu mencipta dunia seperti yang sepatutnya dan melihat perkembangan dunia tersebut. Walau bagaimanapun, sejarah dunia ciptaan Nobita tidak selari dengan dunia sebenar apabila sedikit kesilapan dilakukan ketika mereka singgah dahulu yang menyebabkan serangga mempunyai kuasa di dunia bawah tanah.
  16. Keretapi Ekspres Galaksi : Iri hati dengan Sinyu yang dapat menaiki Keretapi Ekspres, Doraemon membelikan tiket Keretapi Ekspres Galaksi yang membolehkan perjalanan ekspres merentasi galaksi ke bintang permainan dan percutian. Walau bagaimanapun, spesis parasit telah muncul di sana dan ingin menguasai alam semesta. Mereka perlu menghalangnya sebelum manusia dipergunakan parasit tersebut dan menjalankan rancangan yang lebih teruk lagi.
  17. Penjelajahan di Bandar Raya Alat Mainan : Nobita dan yang lain mencipta dunia yang hanya didiami oleh alat mainan. Kehidupan semuanya berjalan lancar apabila seorang pencuri muncul dan mengkucar-kacirkan bandar raya. Nobita pula berjumpa dengan 'benda' ajaib yang mendakwa dirinya pencipta alam semesta. Dengan keyakinan yang diberi, Nobita perlu membimbing yang lain untuk menyelamatkan bandar raya tersebut.
  18. Penjelajahan Laut Selatan : Nobita yang berlayar untuk mendapatkan harta karun di pulau terpencil telah menemui sebuah kapal lanun yang sesat. Mereka telah bertembung dan Nobita telah hanyut di bawa arus. Kemudian bersama-sama menuju ke pulau harta karun dengan harapan dapat berjumpa dengan Nobita dan lanun yang telah hilang. Tanpa diduga, mereka menemui pelbagai hidupan pelik di sana yang membuatkan mereka diancam masalah baru.
  19. Penjelajahan Angkasa Lepas : Kisah ini lebih kepada ala-ala Star Wars iaitu seorang budak yang bapanya telah dipengaruhi oleh penjahat malah memusuhi anaknya sendiri. Budak tersebut bersama kawannya iaitu pari-pari dan robot ingin mencari tempat hidup yang baru dan kemudian berjumpa dengan Nobita. Nobita dan yang lain kemudiannya membantu budak itu menentang kembali penjahat dan menyedarkan semula bapanya bersama kenangan ibunya yang telah tiada.
  20. Negara Matahari : Nobita telah tertukar tempat dengan seorang raja dari zaman dahulu. Doraemon perlu mencari Nobita dan menghantar raja tersebut pulang tetapi Nobita pula mempunyai agendanya iaitu menyelamatkan puteri yang diculik untuk dijadikan korban ketika gerhana matahari. Mereka kemudian berganding bahu bersama-sama menyelesaikan misi mereka.
  21. Nobita dan Pahlawan Burung : Nobita dan Doraemon terjumpa seekor manusia burung tidak tahu terbang dan kini mereka bersama-sama untuk membantunya memenangi perlumbaan kelayakan untuk menjadi patrol burung penghijrahan. Walau bagaimanapun, ada yang lebih buruk berlaku iaitu munculnya raksasa yang telah lama dibekukan yang memaksa mereka membantu menyelamatkan keadaan dan memanggil keluar manusia burung yang digeruni dalam legenda untuk membantu mereka.
  22. Nobita dan Negara Robot : Nobita telah menemui sebuah robot kanak-kanak yang datang secara tiba-tiba melalui perkhidmatan penghantaran robot. Robot kanak-kanak itu kemudiannya membawa Nobita dan yang lain ke tempatnya yang ketika itu diperinta oleh permaisuri kejam yang mengikut dan memberi arahan kepada robot. Permaisuri itu dahulunya adalah kawan sepermainan robot kanak-kanak itu. Mereka perlu membantu menyedarkan permaisuri dan membantu memulihkan pemerintahan yang adil antara robot dan manusia.
  23. Nobita dan Pesuruh Angin : Nobita menemui pusaran angin yang boleh berinteraksi. Walau bagaimanapun, ia mempunyai kembar jahat yang apabila digabungkan, akan membentuk angin bencana yang dahsyat. Angin itu juga menemukan Nobita dan yang lain dengan masyarakat yang menggunakan angin sebagai pengangkutan mereka. Walau bagaimanapun, hantu jahat yang mencipta angin kembar itu kini mengancam mereka dan mereka pelu menentangnya.
  24. Ruang Masa Kucing Anjing : Nobita menghantar anjing peliharaannya dan anjing serta kucing terbiar yang lain ke zaman purba untuk hidup dengan aman. Walau bagaimanapun, keadaan berubah apabila kucing dan anjing berevolusi lalu membantu ketamadunan sebelum wujudnya manusia purba. Walau apapun, Nobita ingin bertemu dengan anjing peliharaannya itu dan memerangi sindiket kotor yang ingin merampas sumber kuasa utama kerajaan yang kini bertahan sebelum mereka berhijrah keluar dari muka bumi.