selamat datang

SELAMAT DATANG KE BLOG WWW.PUTRINURULRAIHANA.BLOGSPOT.COM, KEDATANGAN ANDA DISINI, AMATLAH DIALU-ALUKAN.

Sunday, January 23, 2011

Aku sebatang pensil

          Aku sebatang pensil, nama aku Stabillo. Aku diperbuat diKilang Shah Alam, bahan-bahan yang digunakan ialah pokok. Setelah aku siap dan dikotakkan, aku dihantar ke Kedai Alatan Tulis di Pahang.

          Aku dan saudara-saudara aku dijual didalam sebuah kotak. Apabila sampai sahaja di Kedai Alatan Tulis, aku dan saudara-saudaraku dikeluarkan daripada kotak dengan satu-persatu. Aku diletakkan pada bahagian yang paling hadapan didalam kotak yang telah dipotong bersama dengan kawan-kawan yang lain.

          Kami dijualkan dengan harga RM1.00 setiap sebatang. Selang 2 hari aku berada didalam kedai tersebut, aku dibeli oleh seorang wanita melayu. Ditanda namanya ada tertulis nama Suraya. Wanita tersebut membelek aku dengan penuh minat.

          Sudah beberapa jam dia membelek aku, dia pun mengambil aku dan membayar aku dikaunter. Aku dibeli dengan harga RM1.00. Aku dibungkus dengan satu bungkusan.

          Aku dihadiahkan oleh anak lelakinya, Amir sebagai hadiah harijadinya yang ke 15. Sepanjang Amir jadi tuan aku, aku dilayannya dengan baik.

          Aku juga dijaga dengan baik. Amir juga kerap kali menggunakan aku. Amir seorang yang baik, dia juga kadang-kadang seorang yang cuai.

          Oleh kerana kecuaiannya, badan aku selalu sahaja sakit-sakit. Dakwat yang didalam aku juga patah. Dan mata aku juga selalu patah setiap kali digunakan.

          Oleh kerana mata aku selalu patah, Amir jadi bosan dengan aku. Lalu dia membuang aku didalam tong sampah. Kini kehidupan sehari-harian aku hanya ditemani dengan barang-barang buangan, semut, lalat dan unggas.

          Aku juga menghabiskan sisa-sisa seharian aku didalam tong sampah. Kini aku hanya tunggu untuk dimakan oleh lalat dan unggas.

No comments:

Post a Comment