selamat datang

SELAMAT DATANG KE BLOG WWW.PUTRINURULRAIHANA.BLOGSPOT.COM, KEDATANGAN ANDA DISINI, AMATLAH DIALU-ALUKAN.

Sunday, May 1, 2011

Denda lagi.


          Setelah agak lama Aidil memandu kereta, akhirnya dia memberhentikan keretanya di Jambatan Teluk Intan. Dan kemudian dia menuju ke bonet kereta milik Kumin, untuk mencari sesuatu. Kumin dan Amran yang kebetulan lalu dijambatan tersebut, memberhentikan langkah mereka.
          “Eh! Kumin! Tu macam kereta ko je. Dan tu Nampak macam Aidil je. Apa yang dia cari kat bonet keta ko? Nak tegur dia tak?” Tanya Amran sambil memandang muka Kumin.
          “Tegurlah dia, manalah tau nanti, marah dia dah baik, dia dah lupa pasal kek, dia bagi kita tumpang balik naik keta ngan dia.” Kata Kumin sambil memandang muka Azman. “Ooo… Kalau dia kasilah, kalau dia tak kasi, camner?” Tanya Amran lagi.
          “Kalau dia tak kasi, nasiblah.” Kata Kumin, sambil memandang gelagat Aidil yang tengah mencari sesuatu lagi. “Ooo… A… Kalau gitu, kolah pegi tegur dia.” Arah Amran sambil menolak badan Kumin.
          “Eh, asal lak aku kena pegi?” Tanya Kumin pada Azman. “ Pasal kalau ko pegi, dia takkan campak ko dalam sungai, pasal ko gemuk gedempol cam gajah.” Jelas Azman.
         Kumin yang berjalan didepan, terus menggaru-ngarukan kepalanya. Belum sampai didepan Aidil, dia pun berpatah balik belakang. “ Kalau gitu, kolah yang pegi.” Arah Kumin, pada Azman, sambil menolak badan Azman yang hampir terjatuh, tersembam muka dimuka bumi.
           “Woi! Asal lak aku yang kena pegi?” Jerit amran. Dan jeritannya hanya didengar oleh Kumin. “Sebab kalau ko pegi, dia akan campak ko. Bila dia campak ko, aku boleh sambut ko.
          Pasal kokan kurus, akukan gemuk. Jadi bila ko kurus, senanglah aku angkat ko. Nak dukung ko pun boleh.”
          Kata Kumin, sambil tersenyum.Azman pun meneruskan langkahnya ke depan. “Man, ko tak kisah ke kena campak ngan Aidil yang kurus cengkih, tapi gangster camtu?” Tanya Kumin pada Azman.
          “Aku kisah, tapi sebab ko yang paksa aku, aku merelakan aku kene campak. Jelas Azman, sambil memandang tepat ke arah Kumin. “Hei! Wassup bro.
          So… Apa citer?” Tegur seorang pemuda, berspek hitam, berjaket hitam, berseluar biru yang baru sahaja keluar dari kereta berwarna merah, terus menyambut tangan Aidil. “Aku biasalah bro, masih study di UKM KL. Sambil tu aku keje diSyarikat Muzik bapak aku. Eh ery, ko tolong perhatikan diorang, aku nak cari tali rafia.
           Aku ingat… Aku nak ikat dioranglah. Yang kurus tu, aku nak ikat dia kat atas jambatan. Yang gemuk plak, aku nak ikat kat pokok.”
          Terang Aidil, dengan panjang lebarnya. Sambil itu, dia meletakkan spek hitamnya didalam kocek bajunya. Dan sambil itulah dia menghadiahkan senyuman maut pada Kumin dan Amran.
          “Apa salah diorang bro? sampai ko nak ikat diorang.” Tanya Ery, sambil anak matanya memandang diorang, dan tangannya berpeluk tubuh. Dia tahu, Aidil takkan berbuat demikian, tanpa sebab yang membolehkannya jadi marah.
          Aidil membisikkan sesuatu pada Ery. Ery mengerutkan dahinya dan berkata “Kek? Pasal kek ko nak hukum diorang? Biar betul bro, agak-agaklah kalau nak hokum diorang. Janganlah bagi alasan tu bro, bagilah alasan lain.
          Aku ingatkan sebab apalah ko marah sampai nak hukum diorang, rupanya pasal sepotong kek. Ko nie, bukan saje samseng, gangster je, tapi ko nie gak pak lawaklah. Aku rasa lawak ko nie, memang patut masuk dalam citer raja lawaklah.
          Bukan lawak ko je yang masuk dalam raja lawak, ko pun kene masuk dalam raja lawak. Lawak ko nie, sesuai masuk dalam majalah ujang dan majalah Apo.” Kata Ery, sambil ketawa.
          Aidil yang benggang, terus luku Ery. “ Dah habis membebel?” Tanya Aidil, sambil bercekak pinggang. Ery menggangukkan kepalanya.
          “Siapa bagi idea kat ko untuk buat lawak bodoh camnie?” Tanya Aidil lagi, sambil tangannya masih bercekak pinggang lagi. “Penulislah.” Jawab Ery, dengan ringkasnya.
          “Saper?” Tanya Aidil lagi. “Penulis yang tak berape popular, Nana.” Jawab Ery dengan jujurnya. “Wei penulis yang tak popular, Nana, dan tulis blog ntah hape-hape, lain kali kalau nak wat lawak, jangan wat lawak camnie tau? Bengang tol aku ngan lawak bodoh camnie.
          Nanti aku ikat ko kat pokok, cam nasib diorang yang bakal kene ikat, baru ko tau!” Marah Aidil, pada penulis (aku lak yang kene marah. Tapi aku tak kisah kalau kene ikat ngan si Aidil, pasal dekat sangat ngan kampong. Tapi kalau family aku Tanya, ko pepandai jawab ye dil. HuhuJ).
          “Nie, lawak ke, tak  lawak ke, aku tetap gak nak ikat diorang. Ko tau tak? Pasal kek sepotong tulah aku tak sempat nak rasa. Semua nie monyet punya pasallah.
          Tapi aku tak salahkan monyet, aku salahkan diorang. Sebab apa? Sebab kek tinggal sepotong, aku tak sempat rasa tau tak? Ha jumpa pun. Ery, ko tolong panggil diorang.” Kata Aidil, sambil memegang tali rafia berwarna pink.
          Ery bergerak menuju ke arah kumin dan Azman yang sedang menyorok antara satu sama lain. (Ha… diorang berdua niekan, sebijik cam Saiful Apek dan Kumanlah.)
          Apabila Ery sampai dihadapan diorang, Ery terus menarik baju Azman. “Wei korang, Aidil panggil.” Kata Ery sambil menunjukkan ke arah Aidil panggil.” Kata Ery sambil menunjukkan ke arah Aidil dengan ibu jarinya.
          Dan Kumin dan Azman pun menuju ke arah Aidil. Aidil memandang diorang dengan tersengih-sengih. Ery lak menuju ke arah Kumin dan Azman, lantas menolak mereka dengan kuat.
          Dan selepas tu, Aidil mengarahkan Ery memegang kedua-dua belah tangan Azman. Dan Aidil mengikat badan Azman. Kemudian Aidil mengikat badan Kumin.
          Sedang Aidil mengikat Kumin, tiba-tiba mereka terdengar bunyi jatuh. Mereka segera melihat. Dan Aidil menjerit, “Kumiiin…” Jerit Aidil ngan sekuat hatinya.
          “Ha… Wei, ko silaplah wei, Kumin tu nama aku, nama dia Azman” Tegur Kumin. “Yeke? Ah tak kisahlah, Ery ko bawak Azman gi hospital.
          Dan aku, akan lepaskan Kumin. Pastu kita gi hospital.” Arah Aidil, ngan kelam-kabutnya.
          Sampai sahaja dihospital, Azman segera dibawa ke wad kecemasan. Sejam kemudian, Doktor Nakakulan pun keluar. “Encik, encik tak perlu bimbang, dia Cuma cedera parah dikepalanya, dan kami dah jahit kepalanya.
          Dan akibat tercedera, dan terhantuk yang kuat, dia mungkin mengalami gegaran ototnya, dan akhirnya dia pengsan. Mungkin untuk seminggu.” Terang Doktor Nakakulan dengan panjang lebarnya.
          Mereka semua pun terduduk. Selepas seminggu, Azman pun sedarkan dirinya, dan dia dibenarkan berehat dirumah. Dirumah, dia dilayan bagaikan anak raja. Ery dan Aidil pun meminta maaf pada Azman dan Kumin.
          Azman dan Kumin sudi memaafkan mereka, dengan syaray mereka tidak mengulangi perbuatan denda diorang lagi. Sekiranya mereka masih mengulangi perbuatan denda diorang, mereka akan disimbah air sejuk. Pada keesokkan harinya, Kumin tidak sengaja terpijak kaki Aidil dan Ery.
          “Aku akan denda ko.” Kata Aidil dan Ery dengan serentak. “ Ooo.. denda, korang tak takut ke kalau korang kenekan denda pada kami? Tanya Kumin dengan selambanya. “Eh apa yang kitorang nak takutsangat? Kalau kitorang kenekan denda pada korang, takkan terjadi papelah.
          Lagipun dulu masa aku denda korang jalan kaki, takde pape yang berlaku kat aku pun elok je.” Kata Aidil, yang cuba mempertahankan dirinya. “Aku ingat, tapi korang jangan lupa, masa korang denda ikat aku kat pokok, dan ikat Amran kat jambatan.
          Ape jadik? Koma, lukakan? Tapi korang jangan lupa akibat akan datang kalau korang denda kami.” Terang Kumin. “Akibat? Akibat ape yang akan datang?” Tanya Ery seperti terlupa sesuatu.
          “Air sejuk.” Dan serta-merta air sejuk datang. Dan singgah dikepala mereka.
         Mereka berempat pun ketawa. Semenjak hari tu, mereka berempat pun berbaik. Dan jadi kawan yang paling baik.
          Semenjak hari tu, mereka pun Berjaya dalam kehidupan mereka. Amran Berjaya menjadi penjual ais batu terkenal. Kumin Berjaya menjadi seorang pelakon.
          Ery Berjaya jadi penyanyi, dan Aidil, Berjaya menjadi penulis lirik. Dan selepas tu, barulah Amran dan Kumin sedar, yang perkataan denda Ery dan Aidil sekarang hanyalah gurauan. Dan Aidil dan Ery menggangap, denda mereka hanyalah untuk menghiburkan hati, dan permainan mereka, dikala mereka marah.

No comments:

Post a Comment