selamat datang

SELAMAT DATANG KE BLOG WWW.PUTRINURULRAIHANA.BLOGSPOT.COM, KEDATANGAN ANDA DISINI, AMATLAH DIALU-ALUKAN.

Wednesday, May 11, 2011

tanda-tanda penyakit barah otak

Rasa nak hantuk kepala! (News)

Monday, February 28th, 2011
93073638 Rasa nak hantuk kepala! (News)
TAHAN SAKIT…masalah migrain berkaitan neurologi yang biasa menyerang wanita berbanding lelaki.
47508950 Rasa nak hantuk kepala! (News)
SAYA pernah melihat seorang wanita yang menderita migrain yang teruk sehingga dia menekan dan memukul kepalanya berulang kali.
Malah pada satu keadaan, si pesakit mengatakan terasa ingin menghantuk kepala ke dinding hanya kerana tidak dapat menahan sakit.
Kejadian itu berulang-ulang dan lebih kerap berlaku apabila dia datang haid.
Apabila dia mengambil ubat penahan sakit, kelegaan jelas kelihatan pada wajahnya apabila sakit akibat migrain itu berkurang dan dia dapat tidur dengan lena.Bagi pesakit migrain sakit kepala yang mereka alami ini diibaratkan sebagai ujian Allah yang ada kalanya amat mengecewakan.
Ini kerana pesakit terpaksa bergantung kepada ubat penahan sakit untuk meredakan kesakitan, malangnya ada sesetengah keadaan ubat penahan sakit juga sudah ‘lali’ atau sebati dalam diri mereka sehinggakan kesakitan tidak dapat dikurangkan.
Menurut Pegawai Perubatan Kanan, Hospital Pusrawi Kuala Lumpur, Dr Zainordin Md Noor, migrain adalah masalah berkaitan neurologi yang biasa menyerang wanita berbanding lelaki.
Ini disebabkan perubahan hormon yang berlaku kepada wanita misalnya, sebelum dan selepas datang haid biasanya wanita mengalami migrain yang teruk dan akan hilang selepas haid.
Ada pula wanita yang mempunyai migrain, tidak mengalaminya ketika mereka mengandung sembilan bulan dan kesakitan datang semula selepas mereka datang haid.
Selain itu tekanan di tempat kerja, bunyi bising atau lampu yang silau juga boleh menyebabkan migrain.
“Ini kerana keadaan ini akan memberi tekanan kepada otak dan menyebabkan urat saraf tegang seterusnya menyebabkan migrain atau menambahkan kuatnya migrain,” jelasnya.
Selain itu, kurang tidur atau faktor pemakanan seperti seperti makan makanan tersimpan lama, makanan ditapai atau minuman mengandungi kafein yang tinggi seperti kopi, coklat dan keju turut menjadi penyebab kepada migrain.
“Secara umumnya migrain juga adalah penyakit keturunan kerana berkait rapat dengan sistem saraf.
“Justeru sekiranya ada ahli keluarga anda menghidap migrain anda juga berkemungkinan turut mengalaminya,” jelasnya.
Menurut Dr Zainordin, migrain berbeza dengan sakit kepala.
Serangan sakit kepala yang berlaku setiap hari adalah sakit kepala biasa dan bukannya migrain.
“Migrain sebaliknya membabitkan serangan seminggu sekali atau sebulan sekali dan biasanya kesakitan seperti dicucuk-cucuk ini berlaku pada sebelah bahagian kepala saja.
“Ini diikuti rasa loya, muntah dan sensitif pada cahaya, bunyi, bau malah pergerakan seperti gegaran yang kuat,” katanya.
Bagi sesetengah individu, rasa sakit yang menyerang itu boleh hilang dalam tempoh tiga jam tetapi ada yang perlu menanggung kesakitan sehingga tiga hari lamanya.
Daripada segi perubatan, migrain terjadi apabila kombinasi saluran darah yang mengembang dan membebaskan bahan kimia daripada saraf gentian yang melingkari sekitar saluran darah itu.
Pembebasan bahan kimia itu menyebabkan radang, rasa sakit dan seterusnya arteri menjadi bengkak.
Migrain biasanya menyerang mereka yang berumur 30 tahun ke bawah terutama pada usia 16 tahun ke atas namun ada kanak-kanak pada awal usia 10 tahun boleh diserang migrain namun ia sedikit berbeza.
“Migrain kanak-kanak biasanya mempunyai simptom seperti muntah atau loya.
“Ia bagaimanapun tidak membabitkan sakit kepala yang teruk seperti mana orang dewasa,” jelasnya.
Dr Zainordin menjelaskan, migrain terbahagi kepada dua iaitu migrain biasa tanpa aura iaitu rasa sakit yang mencengkam dan selalunya pada sebelah kepala saja.
Biasanya, ia diikuti dengan rasa sakit perut, hilang selera makan, loya, muntah, sembelit dan cirit birit.
Pesakit juga akan sensitif pada bau, cahaya dan kebisingan.
Berbeza dengan migrain klasik (dengan aura) sebelum menyerang pesakit biasanya pandangan pesakit terganggu dengan gambaran bintang-bintang, cahaya atau garisan bengkang bengkok.
Secara puratanya, serangan migrain jenis ini berlaku dalam tempoh 22 jam.
Tambahnya, sakit kepala atau migrain bukanlah tanda awal bagi sebarang ketumbuhan otak.
Ia biasanya muncul dengan tanda lain atau sakit kepala datang apabila tanda lain sudah ada.
Mungkin pesakit akan mendapat sawan atau masalah pada pendengaran dan penglihatan.
Pesakit juga biasanya akan mendapati tangan atau kakinya lemah seperti mendapat penyakit strok.
“Hanya satu peratus saja migrain mempunyai kaitan dengan tumor atau kanser otak dan selebihnya hanya disebabkan migrain.
“Biasanya pesakit kanser otak akan menunjukkan gejala yang teruk seperti kesakitan yang amat sangat pada kepala diikuti muntah, loya, hilang selera makan, kurang penglihatan dan pendengaran, seterusnya lemah tangan dan kaki,” jelasnya.
Menurut Dr Zainordin, tidak seperti penyakit lain, migrain ini tidak dapat disembuhkan tetapi boleh dielak atau dikurangkan dengan cara berjumpa doktor dan mengambil ubat-ubatan bersesuaian.
“Biasanya ubat penahan sakit seperti panadol, aspirin, ponstan dan synflex boleh dibeli di farmasi namun ubat ini lama-kelamaan tidak dapat mengurangkannya malah boleh menyebabkan penyakit lain misalnya kerosakan buah pinggang atau hati apabila diambil berlebihan.
“Biasanya ubat ini juga tidak lagi berkesan apabila diamalkan terlalu kerap walaupun dimakan melebihi hadnya,” katanya.
Justeru, pesakit digalakkan berjumpa doktor kerana doktor akan memberi ubat migrain sepatutnya seperti cafergot, ubat tahan muntah maxolon dan valium, sejenis ubat tidur yang diambil secara serentak dan secara berkala untuk mengurangkannya.
Selain itu, pesakit juga akan diberikan diari migrain dan meminta pesakit mencatat tarikh, masa, makanan diambil, jenis ubat serta keterukan migrain yang dialami mereka.
“Dengan adanya diari ini, doktor akan dapat memantau tahap kesakitan yang dialami pesakit serta dos ubat yang dapat diberikan,” katanya.
Selain ubat-ubatan, pesakit juga perlu mengurangkan tekanan dengan banyak berehat, mengelak makanan yang boleh menjadi mencetus serangan migrain seperti minuman berkafein, coklat serta keju dan mengamalkan gaya hidup sihat.
“Apa yang penting, pesakit migrain tidak boleh murung kerana ini akan menyebabkan kesakitan mereka berulang.
“Berjumpa doktor untuk mendapatkan nasihat serta ubat-ubatan sesuai,” katanya.

6 comments:

  1. saya selalu migrain . kadang kadang dia serang masa tgh drive sebabkan nyaris excdn .loya semua tu selalu sgt . sy selalu rimas bila bising . ada bau yg selalu tk selesakan sy . makin lama makin kerap . bukan setiap minggu . hari hari . malah setiap jam pun ada . mcm mana tu ? ��

    ReplyDelete
  2. Salam ..saya pengeluar herba warisan yang telah dirumus khas bagi tujuan penyembuhan penyakit yg mampu memusnahkan pelbagai jenis kanser seperti ; ✅Kanser Usus ✅Kanser Payudara ✅Kanser Lymphoma dan lain-lain lagi. Turut mampu mengubati penyakit lain seperti ; ✅Batu Karang ✅Batu Hempedu ✅Saraf Parkinson ✅Slip Disk ✅Gout ✅Resdung ✅Demam Campak ✅Denggi dan lain-lain lagi
    Proses penyembuhan juga perawatan secara semulajadi ini tanpa menyakitkan atau merosakkan buah pinggang.
    ✔Keberkesan JUS INFINITI sudah terbukti dan saya menjaminkan kelebihan produk ini akan membuatkan pengguna terkejut dengan rawatannya yang cepat dan selamat untuk sembuh.Sama-sama kita merawat dan seterusnya mencegah apa saja penyakit yang dihadapi dari terus merebak ke tahap yang lebih kritikal. Insyaallah ,JUS INFINITI turut membantu melambatkan penyakit terus merebak dengan cepat lantas mampu merawat sehingga sembuh, mudah-mudahan.contoh pesakit gout belum ada lagi herba untuk gout yang mampu hilangkan terus gout.banyak yang Cuma mampu menahan saja dan kena makan hari hari berbeza dengan jus infiniti keluaran jutawan herbs.cukup untuk makan berapa botol saja gout anda telah pulih dan tidak perlu risau lagi dan hari hari boleh makan udang dan ikan bilis macam sebelum sakit gout.memang hebat sama jugak degan saraf ada yang sakit sampai bertahun tahun sakit saraf..berubat merata tempat..bila minum jus infiniti keluaran jutawan herbs memang banyak kuar angin dalam berapa hari sakit makin kurang..badan makin kuat cergas dan sihat,,.

    batu hempedu dan lain lain peyakit boleh juga rujuk testimony saya yang banyak banyak kes lain..jika anda hendak menjaga kesihatan jus ininpaling terbaik sebab mampu menurunkan paras kolestrol dengan cepat tidak perlu risau lagi serangan jantung atau kolestrol tinggi
    ✔Hutan belantara kita tersembunyi 1 juta rahsia.Hanya ramuan herba terpilih sahaja yang terkandung di dalam JUS INFINITI ini, ✔JUS INFINITI amat mujarab jika diamalkan dengan betul dan konsisten. Jangan dibiarkan penyakit yang ditanggung dalam diri kita tanpa berusaha merawatnya. ✔Ramai yang sudah berjaya sembuh dengan produk JUS INFINITI ini .Ia terbukti dengan testimoni pelbagai jenis penyakit yang sudah sembuh dengan penggunaan yang betul dan konsisten. ✔JUS INFINITI ini juga boleh dijadikan makanan tambahan yang selamat diambil oleh sesiapa yang ingin menjaga kesihatan dan pencegahan awal pelbagai jenis penyakit.
    ✔Insyaallah sama-sama kita berikhtiar. ✔Untuk sebarang pertanyaan yang lebih lanjut serta jika ingin meminta pandangan, perkongsian serta maklumat tentang JUS INFINITI ,sila hubungi sy :
    ✅Encik Mohd Zuhairi 0174687570 (Whats App ,Call,SmS ) ✅HARGA 1BOTOL: RM180 ✅NAMA SYARIKAT: JUTAWAN HERBS ✅NO. PENDAFTARAN SYARIKAT: PG 0346818-W ✅NAMA PEMILIK : MOHD ZUHAIRI BIN NOORDIN 0174687570 (WHASTAPP,SMS&CALL)

    ReplyDelete
  3. hai...nak tnye klu kite slalu pening kadang2 rse loya tu adalah jugak,and then bila makan ubat pon x hilang. tu macam mana eh? saya slalu stress jugak pasal kerja sekolah ngan sukan (saya bdk sekolah lagi) saya x tau nk hilangkan macam mana lagi seuma ubat saya dh cuba tapi x boleh hilangkan.

    ReplyDelete
  4. hai...nak tnye klu kite slalu pening kadang2 rse loya tu adalah jugak,and then bila makan ubat pon x hilang. tu macam mana eh? saya slalu stress jugak pasal kerja sekolah ngan sukan (saya bdk sekolah lagi) saya x tau nk hilangkan macam mana lagi seuma ubat saya dh cuba tapi x boleh hilangkan.

    ReplyDelete
  5. saya turut mengalamai migrain yang berulang kali di mana migrain yang saya alami akan berlanjutan sehingga 2 minggu lamanya . kadang-kadang saya terpaksa menarik rambut saya dengan kata lain supaya migrain saya berkurang dan untuk merenggangkan urat saraf saya . migrain saya akan menyerang sehingga ke bahagian tengkuk dan menyukarkan saya fokus oada pekerjaan saya . Mata saya akan turut pedih berair setiap kali serangan migrain terjadi .

    ReplyDelete
  6. Teruk juga komplikasi akibat migrain ni ya. Saya dulu pun selalu diserang migrain, sekarang Alhamdulillah dah jarang sangat kena. Saya doakan semua yang selalu migrain tu akan cepat sembuh ya. Boleh baca perkongsian saya tentang migrain di blog :)

    ReplyDelete